Thursday, May 1, 2014

Pengenalan Bandar Tenggara






 Lokasi Bandar Tenggara

Bandar Tenggara adalah sebuah penempatan yang dibangunkan dalam wilayah pembangunan KEJORA, Johor. Terletak di tengah-tengah antara Bandar Kulai, Bandar Kota Tinggi dan Bandar Kluang. Mula diwujudkan sekitar tahun 1972. Dari asal sebuah penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah, Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 35 tahun berlalu di bawah kelolaan  Lembaga Johor Tenggara (KEJORA) Bandar Tenggara. 
 






Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

KEJORA adalalah satu sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia yang berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor. Pembahagian wilayah meliputi 16% kawasan Negeri Johor dengan jumlah kawasan 300,111 hektar. Ianya terbahagi kepada 2 wilayah kecil iaitu Johor Tengah (149,009 hektar) dan Pengerang (151,356 hektar). Terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi (75%) dan Kluang (25%).

Peranan

KEJORA diamanahkan untuk memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangaunan sosial ekonomi. Wilayahnya telah menyaksikan perubahan dan pertumbuhan yang menepati dasar dan perancangan bagi:

  1. Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi
  2. Mewujukan peluang-peluang pekerjaan
  3. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam wilayah KEJORA



  Visi





  • Menjadikan Wilayah KEJORA makmur dan sejahtera pada tahun 2020
Misi

  • Menerajui pembangunan wilayah Johor Tenggara melalui pemerkasaan modal insan dan pemapanan ekonomi secara strategik dan berkesan

 Objektif

  1. Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi
  2. Mewujudkan peluang pekerjaan 
  3. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di wilayah Johor Tenggara

Slogan

"KEJORA BERKUALITI, RAKYAT MENIKMATI"




 




Selamat Datang ! ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, hasil dari kajiselidik yang dilakukan, kami dari pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Budi Penyayang Seksyen 3 2013/2014 berjaya mendapatkan maklumat terkini penduduk serba sedikit merangkumi kawasan Bandar Tenggara di :-

  • Jalan Laksamana
  • Jalan Bendahara
  • Jalan Bentara
  • Jalan Panglima
  • Jalan Perwira
  • Jalan Pahlawan
  • Jalan Temenggung
Blog ini diwujudkan bagi tujuan  memberi informasi maklumat terkini kepada penduduk Bandar Tenggara. Sistem ini adalah untuk penambahbaikan dalam memberi informasi kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi mendapatkan maklumat bagi tujuan rujukan dan aktiviti-aktiviti yang telah mahupun akan dijalankan.